BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, February 6, 2014

Dah Kunjung Tiba

Assalamualaikum...

Apa yang dah kunjung tiba...Circle baru dah tiba. Elok je petang kelmarin cik P datang...eh, aku seronok plak cik P atang kali ni selalu bukan main kecewa lagi. Bukannya aku tak suka kalau preggy, gila apa tak suka. Tapi sekarang aku tengah ada banyak aktiviti dalam misi untuk kurangkan berat badan aku ni. Aku tengah bersemangat ni nak dapatkan BMI aku yang sebenar. Dalam 4 minggu ni aku dah turun berat 6.2 KG so aku nak teruskan sementara masih bersemangat. Ok lah, itu je nak celoteh harini...kawan-kawan jom jadi lebih sihat dan cantik...=)


Wednesday, February 5, 2014

PERIOD LEWAT CD32

Assalamualaikum

Harini circle day dah hari yang ke 32 bermaksud period aku dah lewat 4 hari jika diikut kitaran 28 hari setiap bulan walaupun kitaran antara 26-28 hari, tak tentu jugak. Perasaan sekarang bukan  kepada keterujaan tapi lebih kepada kerisauan yang melampau. Kalau diikutkan bukan tak pernah period aku ni lewat, pernah la beberapa kali tapi aku tahu sebabnya kenapa lewat tapi kali ni aku agak was-was jugak sebab period belom muncul-muncul lagi bulan ni. Pernah kalau tak silap aku 2,3 kali period aku lewat. Yang pertama sebab bulan pertama aku makan EPO (Evening Primrose), aku ambil EPO sebab aku nak tahu kitaran sebenar period aku. Maksudnya period aku sebelum ni memang tak cecah 28 hari setiap bulan. Biasa kitaran 25-27 je, kalau 27 pon kira paling lewat la tu. So, aku try ambil EPO lepas tu period aku bulan pertama ambil EPO elok-elok je 28 hari. Kalau dulu tu kira lewat la kan 28 hari tu, tapi lepas 2,3 bulan aku berhenti ambil EPO bila aku tengok period aku dah regular 28 hari setiap bulan sampai la sekarang aku dah tak ambil EPO. Kali kedua period aku lewat sebab aku makan duphaston lepas buat IUI. Mungkin ada yang tak tahu fungsi ubat duphaston ni kan, setahu aku ubat ni tujuan dia untuk kuatkan janin kalau mengandung tapi kalau tak mengandung period akan lewat. Lagi satu fungsi ubat ni adalah sebagai ubat turun darah iaitu kalau seseorang yang dah lama tak datang period boleh ambil ubat ni untuk turun darah period tu. Panjang lebar aku cerita pasal sebab musabab kan. Okey, sekarang persoalannya kenapa aku mengalami kerisauan melampau. Meh nak cite sikit.

Sekarang aku sedang dalam proses menguruskan badan okey....maksudnya aku sekarang memang aktif bersukan. Aku masuk program Jom Kurus 1Malaysia (JK1M) anjuran Kevin Zahri, iaitu cabaran kurangkan berat badan dalam masa 6 minggu. So, sekarang memang aku tengah giat nak turun berat badan maklum la berat aku ni dan kira obes dengan ketinggian aku yang rendang ini. Aku syukur sangat sebab hubby sentiasa sokong aku...sekarang dah minggu yang ke-4 so tinggal 2 minggu lagi cabaran...berat aku sekarang ada la turun 5 KG dari berat asal. Aku nak tumpukan perhatian untuk turunkan berat badan dulu than lupakan sekejap untuk TTC. Aku jenis yang kena fokus satu-satu perkara kalau aku tak fokus nanti matlamat aku tak tercapai. Tapi sekarang period tak datang lagi, kerisauan takut-takut preggy memang tinggi iye la kalau tak preggy aku tak kisah tapi kalau...faham tak...kalau ada takut juga. Aku ni bersukan hari-hari terloncat sana sini. Sekarang aku bersukan bukan setakat berjoging tapi main badminton, futsal, hiking, berbasikal. Itulah kerisauan aku sekarang.

Tapi, aku ada terbaca tentang sebab-sebab period lewat kat Google salah satu punca adalah sebab senaman berat, penurunan berat badan dan perubahan gaya hidup. So, kesimpulannya aku boleh andaikan sebab period aku lewat adalah seperti sebab-sebab yang aku katakan kat atas tu. 

Yang sebenarnya aku dah buat UPT petang kelmarin, dan hasilnya negatif. Aku siap guna UPT Clear Blue yang mahal tu lagi....sekarang aku tak mau susah-susah hati sangat pasal period aku nak teruskan je aktiviti bersukan aku sekarang. Malam ni nak main futsal, bestnye boleh burn more calories....jom jadi lebih sihat dan cantik...

terima kasih coz korang sudi baca celoteh aku kali ni...

Assalamualaikum

Thursday, January 9, 2014

BERHENTI MENGURUT


Assalamualaikum...

Yes...aku dah berhenti mengurut atas sebab kurang kenyakinan terhadap kaedah mengurut yang dilakukan oleh si pengurut. Ok..korang jangan salahkan aku sebab aku kata aku tak yakin dengan kaedah mengurut yang dilakukan. Mungkin sebab aku dan hubby ni orang yang terdedah dengan pemikiran moden zaman IT ni so kitaorang fikir yang kitaorang perlu stop dulu mengurut ni. Pada mulanya memang aku malas nak fikir pasal kaedah mengurut yang dilakukan sebab aku macam dah redha dengan kehendak Allah swt...maksudnya pergi mengurut ni salah satu dari usaha kami untuk dapatkan zuriat...tapi tu la...aku plak terpengaruh dengan hubby bila dia pertikai apa yang dikatakan dan dilakukan oleh si pengurut..aku tak salahkan hubby...sebenarnya aku sendiri rasa macam dia rasa...huhuhu... Aku yang mula-mula tak kisah pon jadi berbelah bagi...InsyaAllah kalau aku dan suami betul-betul yakin nanti baru decide nak serius mengurut...maybe aku dan suami tak bersungguh kot yer...Andai ada rezeki Allah swt, DIA akan bagi tepat pada masanya...apa yang perlu usaha dan tawakal...amin

Wednesday, January 8, 2014

DOA NABI ZAKARIA MOHON ZURIAT


KOD PERKATAAN TRY TO CONCEIVE (TTC)

Assalamualaikum...

Lama sungguh blog ni dibiarkan tanpa post berkaitan TTC kan. Ok kali ni aku just nak kongsi pasal kod perkataan TTC yang digunakan dalam berTTC (ada juga beberapa digunakan dalam istilah perubatan). Aku harap post kali ni membantu newbie yg baru berjinak-jinak dalam TTC. Aku ni pon masih berTTC dan masih banyak perkara yang aku tak tahu. Kalau ada tersalah dalam penulisan aku ni mohon beri pembetulan k...just email me...=)

Sebenarnya terdapat banyak kod perkataan TTC ni. Yang aku senaraikan ni bukan semuanya sebab bukan semua yang aku gunakan. Aku senaraikan yang aku biasa guna je disini.

KOD PERKATAAN TRY TO CONCEIVE (TTC)

CD:Cycle Day (Kitaran period setiap bulan bermula dari hari pertama CD1 hingga hari terakhir  period setiap bulan)

DPO:Days Past Ovulation (Hari selepas berlaku ovulasi @ selepas hari subur. Biasanya kiraan bermula dengan DPO1 hingga hari terakhir sebelum period. DPO boleh dikira sekiranya seseorang tu buat BBT (Body Basal Temperature) melalui jadual BBT. Selain tu,pada individu yang melakukan rawatan IUI dan seangkatan dengannya. Boleh juga dikira sekiranya menggunakan OPK (Ovulation Prediction Kits). 

 2ww:Two Week Wait (Sama kiraan seperti DPO cuma perkataan je lain-lain, maksudnya 2ww ni adalah masa menunggu sama ada pregnant atau tak pregnant)

O:Ovulation (Hari berlaku Ovulasi/pengeluaran telur pada setiap bulan)

BD:Baby Dancing (Seks)

BBT:Basal Body Temperature (Ambil suhu badan setiap pagi apabila bangun tidur tampa berlaku pergerakan yang banyak dan tidur nyenyak sekurang-kurangnya 4 jam. Suhu diambil pada masa/jam yang sama setiap pagi dan catat suhu tersebut. Masa yang sesuai mula ambil suhu adalah selewat-lewatnya hari ke-3 period. Untuk kemudahan anda boleh menggunakan aplikasi dari http://www.fertilityfriend.com/ untuk membuat pengiraan anda hanya masukkaan data sahaja. Tujuan membuat BBT adalah untuk mengenalpasti hari/masa sebenar berlakunya ovulasi melalui suhu badan. BBT sangat sesuai dilakukan oleh wanita yang mempunyai kitaran period yang tak regular dimana sukar untuk memastikan hari berlaku ovulasi.

OPK:Ovulation Predictor Kits (Alat untuk mengesan Ovulasi mengukur kadar lonjakan  LH ( Luteinizing hormone) dalam urin, cara penggunaan sama seperti menggunakan pregnancy test)
  
M/C:Miscarriage (Keguguran)

BFN:Big Fat Negative (Not Pregnant/Tidak Mengandung)

BFP:Big Fat Positive (Pregnant/Mengandung)

IUI:Intra-uterine Insemination (Sperm suami akan dicuci dipilih yang terbaik dan akan dilepaskan terus ke rahim. Memendekkan masa Sperm untuk berenang ke ovum.

IVF:In-Vitro Fertilization In Vitro Fertilization (Sperm dan Ovum disenyawakan secara manual di makmal dan apabila berjaya disenyawakan, embrio tersebut akan dimasukkan ke dalam rahim.

O&G:Obstetrical and Gynaecological (Perbidanan dan Sakit Puan)

HcG:Human Chorionic Gonadotropin (Hormon dikesan dengan alat ujian kehamilan/pregnancy tests)

EWCM:Eggwhite cervical mucous (Cecair keputihan-putih telur yang keluar dari vaginal)

TVS:Transvaginal Scan

FSH:Follicle Stimulating Hormone (Hormon penting yang terlibat dalam proses mematangkan ovum/telur)

HSG:Hysterosalpingogram (Pemeriksaan Sinar-X dengan menggunakan cairan dye yang dimasukkan melalui pangkal rahim. Pemeriksaan HSG bertujuan untuk memeriksa rahim dan saluran tiub fallopio sama ada tersumbat atau tidak)

CP:Cervical Position