BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, January 9, 2014

BERHENTI MENGURUT


Assalamualaikum...

Yes...aku dah berhenti mengurut atas sebab kurang kenyakinan terhadap kaedah mengurut yang dilakukan oleh si pengurut. Ok..korang jangan salahkan aku sebab aku kata aku tak yakin dengan kaedah mengurut yang dilakukan. Mungkin sebab aku dan hubby ni orang yang terdedah dengan pemikiran moden zaman IT ni so kitaorang fikir yang kitaorang perlu stop dulu mengurut ni. Pada mulanya memang aku malas nak fikir pasal kaedah mengurut yang dilakukan sebab aku macam dah redha dengan kehendak Allah swt...maksudnya pergi mengurut ni salah satu dari usaha kami untuk dapatkan zuriat...tapi tu la...aku plak terpengaruh dengan hubby bila dia pertikai apa yang dikatakan dan dilakukan oleh si pengurut..aku tak salahkan hubby...sebenarnya aku sendiri rasa macam dia rasa...huhuhu... Aku yang mula-mula tak kisah pon jadi berbelah bagi...InsyaAllah kalau aku dan suami betul-betul yakin nanti baru decide nak serius mengurut...maybe aku dan suami tak bersungguh kot yer...Andai ada rezeki Allah swt, DIA akan bagi tepat pada masanya...apa yang perlu usaha dan tawakal...amin

Wednesday, January 8, 2014

DOA NABI ZAKARIA MOHON ZURIAT


KOD PERKATAAN TRY TO CONCEIVE (TTC)

Assalamualaikum...

Lama sungguh blog ni dibiarkan tanpa post berkaitan TTC kan. Ok kali ni aku just nak kongsi pasal kod perkataan TTC yang digunakan dalam berTTC (ada juga beberapa digunakan dalam istilah perubatan). Aku harap post kali ni membantu newbie yg baru berjinak-jinak dalam TTC. Aku ni pon masih berTTC dan masih banyak perkara yang aku tak tahu. Kalau ada tersalah dalam penulisan aku ni mohon beri pembetulan k...just email me...=)

Sebenarnya terdapat banyak kod perkataan TTC ni. Yang aku senaraikan ni bukan semuanya sebab bukan semua yang aku gunakan. Aku senaraikan yang aku biasa guna je disini.

KOD PERKATAAN TRY TO CONCEIVE (TTC)

CD:Cycle Day (Kitaran period setiap bulan bermula dari hari pertama CD1 hingga hari terakhir  period setiap bulan)

DPO:Days Past Ovulation (Hari selepas berlaku ovulasi @ selepas hari subur. Biasanya kiraan bermula dengan DPO1 hingga hari terakhir sebelum period. DPO boleh dikira sekiranya seseorang tu buat BBT (Body Basal Temperature) melalui jadual BBT. Selain tu,pada individu yang melakukan rawatan IUI dan seangkatan dengannya. Boleh juga dikira sekiranya menggunakan OPK (Ovulation Prediction Kits). 

 2ww:Two Week Wait (Sama kiraan seperti DPO cuma perkataan je lain-lain, maksudnya 2ww ni adalah masa menunggu sama ada pregnant atau tak pregnant)

O:Ovulation (Hari berlaku Ovulasi/pengeluaran telur pada setiap bulan)

BD:Baby Dancing (Seks)

BBT:Basal Body Temperature (Ambil suhu badan setiap pagi apabila bangun tidur tampa berlaku pergerakan yang banyak dan tidur nyenyak sekurang-kurangnya 4 jam. Suhu diambil pada masa/jam yang sama setiap pagi dan catat suhu tersebut. Masa yang sesuai mula ambil suhu adalah selewat-lewatnya hari ke-3 period. Untuk kemudahan anda boleh menggunakan aplikasi dari http://www.fertilityfriend.com/ untuk membuat pengiraan anda hanya masukkaan data sahaja. Tujuan membuat BBT adalah untuk mengenalpasti hari/masa sebenar berlakunya ovulasi melalui suhu badan. BBT sangat sesuai dilakukan oleh wanita yang mempunyai kitaran period yang tak regular dimana sukar untuk memastikan hari berlaku ovulasi.

OPK:Ovulation Predictor Kits (Alat untuk mengesan Ovulasi mengukur kadar lonjakan  LH ( Luteinizing hormone) dalam urin, cara penggunaan sama seperti menggunakan pregnancy test)
  
M/C:Miscarriage (Keguguran)

BFN:Big Fat Negative (Not Pregnant/Tidak Mengandung)

BFP:Big Fat Positive (Pregnant/Mengandung)

IUI:Intra-uterine Insemination (Sperm suami akan dicuci dipilih yang terbaik dan akan dilepaskan terus ke rahim. Memendekkan masa Sperm untuk berenang ke ovum.

IVF:In-Vitro Fertilization In Vitro Fertilization (Sperm dan Ovum disenyawakan secara manual di makmal dan apabila berjaya disenyawakan, embrio tersebut akan dimasukkan ke dalam rahim.

O&G:Obstetrical and Gynaecological (Perbidanan dan Sakit Puan)

HcG:Human Chorionic Gonadotropin (Hormon dikesan dengan alat ujian kehamilan/pregnancy tests)

EWCM:Eggwhite cervical mucous (Cecair keputihan-putih telur yang keluar dari vaginal)

TVS:Transvaginal Scan

FSH:Follicle Stimulating Hormone (Hormon penting yang terlibat dalam proses mematangkan ovum/telur)

HSG:Hysterosalpingogram (Pemeriksaan Sinar-X dengan menggunakan cairan dye yang dimasukkan melalui pangkal rahim. Pemeriksaan HSG bertujuan untuk memeriksa rahim dan saluran tiub fallopio sama ada tersumbat atau tidak)

CP:Cervical Position