Assalamualaikum
Harini circle day dah hari yang ke 32 bermaksud period aku dah lewat 4 hari jika diikut kitaran 28 hari setiap bulan walaupun kitaran antara 26-28 hari, tak tentu jugak. Perasaan sekarang bukan kepada keterujaan tapi lebih kepada kerisauan yang melampau. Kalau diikutkan bukan tak pernah period aku ni lewat, pernah la beberapa kali tapi aku tahu sebabnya kenapa lewat tapi kali ni aku agak was-was jugak sebab period belom muncul-muncul lagi bulan ni. Pernah kalau tak silap aku 2,3 kali period aku lewat. Yang pertama sebab bulan pertama aku makan EPO (Evening Primrose), aku ambil EPO sebab aku nak tahu kitaran sebenar period aku. Maksudnya period aku sebelum ni memang tak cecah 28 hari setiap bulan. Biasa kitaran 25-27 je, kalau 27 pon kira paling lewat la tu. So, aku try ambil EPO lepas tu period aku bulan pertama ambil EPO elok-elok je 28 hari. Kalau dulu tu kira lewat la kan 28 hari tu, tapi lepas 2,3 bulan aku berhenti ambil EPO bila aku tengok period aku dah regular 28 hari setiap bulan sampai la sekarang aku dah tak ambil EPO. Kali kedua period aku lewat sebab aku makan duphaston lepas buat IUI. Mungkin ada yang tak tahu fungsi ubat duphaston ni kan, setahu aku ubat ni tujuan dia untuk kuatkan janin kalau mengandung tapi kalau tak mengandung period akan lewat. Lagi satu fungsi ubat ni adalah sebagai ubat turun darah iaitu kalau seseorang yang dah lama tak datang period boleh ambil ubat ni untuk turun darah period tu. Panjang lebar aku cerita pasal sebab musabab kan. Okey, sekarang persoalannya kenapa aku mengalami kerisauan melampau. Meh nak cite sikit.
Sekarang aku sedang dalam proses menguruskan badan okey....maksudnya aku sekarang memang aktif bersukan. Aku masuk program Jom Kurus 1Malaysia (JK1M) anjuran Kevin Zahri, iaitu cabaran kurangkan berat badan dalam masa 6 minggu. So, sekarang memang aku tengah giat nak turun berat badan maklum la berat aku ni dan kira obes dengan ketinggian aku yang rendang ini. Aku syukur sangat sebab hubby sentiasa sokong aku...sekarang dah minggu yang ke-4 so tinggal 2 minggu lagi cabaran...berat aku sekarang ada la turun 5 KG dari berat asal. Aku nak tumpukan perhatian untuk turunkan berat badan dulu than lupakan sekejap untuk TTC. Aku jenis yang kena fokus satu-satu perkara kalau aku tak fokus nanti matlamat aku tak tercapai. Tapi sekarang period tak datang lagi, kerisauan takut-takut preggy memang tinggi iye la kalau tak preggy aku tak kisah tapi kalau...faham tak...kalau ada takut juga. Aku ni bersukan hari-hari terloncat sana sini. Sekarang aku bersukan bukan setakat berjoging tapi main badminton, futsal, hiking, berbasikal. Itulah kerisauan aku sekarang.
Tapi, aku ada terbaca tentang sebab-sebab period lewat kat Google salah satu punca adalah sebab senaman berat, penurunan berat badan dan perubahan gaya hidup. So, kesimpulannya aku boleh andaikan sebab period aku lewat adalah seperti sebab-sebab yang aku katakan kat atas tu.
Yang sebenarnya aku dah buat UPT petang kelmarin, dan hasilnya negatif. Aku siap guna UPT Clear Blue yang mahal tu lagi....sekarang aku tak mau susah-susah hati sangat pasal period aku nak teruskan je aktiviti bersukan aku sekarang. Malam ni nak main futsal, bestnye boleh burn more calories....jom jadi lebih sihat dan cantik...
terima kasih coz korang sudi baca celoteh aku kali ni...
Assalamualaikum