Indahnya harini...ditambah dengan hujan renyai2 sejak awal pagi tadi. nak bangun pi kerja pon liat je tapi terlelap la jugak lepas alarm bunyi...tak lama pon 5 minit je..aku ni kalau lewat sikit je mula la gelabah tak tentu pasal padahal jarak rumah ngan tempat kerja dekat je 5 minit pon tak sampai kalau tak jam la. ok lah, sempena hari jumaat yang indah ni aku nak inform yang aku dan incik suami secara rasminya telah menandatangani penerimaan loan bank petang kelmarin sekaligus menandakan kitaorang memang serius nak beli rumah yang diidam-idamkan tu. cuma aku dah ubah keputusan untuk letak jugak nama rumah tu atas nama suami sebab aku dan suami akan sama2 bayar loan rumah tu.... kira half2 la kan. tak la beban sangat aku ni nak membayonye nanti. satu bab dah selesai, sekarang tinggal satu bab lagi. urusan dengan developer je tinggal bersama2 dengan urusan lawyer bagai. aku ni kan tak pernah beli rumah...so memang ding dong ding dong sikit la. kebanyakan urusan incik suami yang uruskan...harap aku memang keras macam tu la. haritu kitaorang ada jugak pi jumpa developer rumah yang kitaorang nak beli tu, dia kata jangan booked lagi sebab 11-14/10/2012 ni diaorang akan buat promosi di Giant Kulim, kalau booked kat sana nanti dapat la LCD dengan payment loading period kot...oleh yg demikian aku dan incik suami sepakat la nak pi je pada tarikh tersebut sahaja. yang penting rumah yang aku nak tu memang tinggal 2 buah je...tu pon yg satu lagi tu aku tak berapa berkenan sangat sebab mengadap hutan yang akan dibangunkkan nanti kot...aku tak mau la ambil risiko. mesti rasa seronok kan kalau duduk rumah sendiri...aset beli atas susah payah sendiri...k lah...nanti cite lagi....babai...nak p jmpa makci kantin sat...perut dok keroncong sakan dah ni...
Thursday, October 4, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment