BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, September 30, 2013

HAPPY ANNIVERSARY YANG KE-3 SAYANG

Pejam celik pejam celik dah 3 tahun usia perkahwinan aku dan suami. Terasa sekejap je masa berlalu meninggalkan pelbagai kenangan pahit dan manis. Pernah satu ketika perkahwinan kami dilanda taufan yang aku sendiri tak menduga namun Alhamdulillah aku dan suami berjaya mengharungi segala rintangan tersebut. Aku bersyukur kerana Allah kurniakan aku seorang suami yang sangat penyabar dalam menghadapi setiap kerenah aku. Walaupun telah genap 3 tahun berlalu tanpa kehadiran cahayamata namun aku dan suami bahagia, kadang-kadang tak terungkap rasa bahagia yang aku rasakan. Aku redha dengan percaturan yang Allah aturkan untuk perkahwinan kami, setiap kekurangan dalam satu aspek mungkin  ada kelebihan dalam aspek yang lain..insyaAllah.

Malam semalam sebelum tidur suami ada ucapkan happy anniversary pada aku sambil dia peluk aku erat. Bahagianya aku rasa....Kami sempat berdialog..

aku: B...apa yang B harapkan untuk perkahwinan kita untuk tahun ke-3 ni?
suami:...anak.
aku: lagi???
suami: anak.
aku: ok..
suami: mie pulak nak apa?
aku:emmm..anak
suami: lagi???
aku: nak kurus...hihihi..dah bertahun kata nak kurus tapi tak kurus-kurus jugak..

Aku tahu isi hati suami..dia sunyi...

Buat suamiku..
terima kasih atas segala yang kau berikan padaku..
terima kasih atas segala kasih dan sayangmu..
semoga perkahwinan kita sentiasa diberkati Allah swt...amin

Tuesday, September 17, 2013

MENGURUT PULAK...

Dah lama menyepi tiba-tiba ja kluar tajuk mengurut...Last update dulu sebelum raya lama gila rasanya. Sejak dari bulan puasa aku memang dah stop kejap dari buat rawatan di hospital. Hubby suruh ikhtiar cara kampung pulak. Entah macam mana aku ada cerita pada MIL pasal nak cari tukang urut...MIL laju je cakap yang sepupu FIL ada suruh pegi jumpa dia...InsyaAllah dia boleh tolong. Malam tu jugak diaorang bawak aku dan hubby pegi rumah Mak Long tu. Nasib tak berapa baik, Mak Long takda rumah pulak. Malam keesokkan baru pegi semula. Elok-elok je kitaorang sampai depan rumah dia, Mak Long ni pon baru balik dari masjid. So malam tu dia ada la pegang perut aku...entah ada baca-baca sikit than dia bagi ubat kampung dua jenis suruh makan 2 kali sehari. Dia suruh datang balik next week...so hari isnin (16/9/2013) dalam pukul 3.00 Petang aku, hubby dan mil pegi la rumah mak long tersebut. Dia bawak kitaorang masuk dalam satu rumah kecik (rumah khas untuk berurut). hubby dan mil pon masuk sekali. Mak long suruh aku baring dan dia pon mula la proses pegang perut aku. Dia tekan-tekan, nak kata sakit sangat tu tak lah...tapi sakit la jugak. Lepas tu dia nyalakan api macam orang buang resdung tu...tapi buat kat perut la. Sampil-sambil tu dia tekan-tekan perut aku. Mak long tu cakap badan aku ni banyak angin, banyak lemak (dah badan debab mesti byk lemak kan)..... Mak Long suruh aku pakai barut, dia kata kalau pakai barut lagi cepat angin keluar...aku kata oklah...tapi dia kata next week baru boleh ambik sebab dia nak kena sediakan bahan dulu. So next week pagi hari sabtu kena pegi lagi rumah Mak Long. Harap-harap berjaya la kali ni...insyaAllah...amin

Thursday, July 11, 2013

IUI KE 3 # GAGAL

Sedih betul nak taip GAGAL... =(

Secara rasminya harini IUI ke 3 gagal pada CD 30 bersamaan 12/7/2013 (Jumaat). Nak kata apa lagi, memang dah tak terkata. Redha je la....cuba lagi selagi mampu. Aku dengan hubby memang bincang nak terus buat IVF je lepas raya ni. Kalau fikir soal duit memang la, tapi duit boleh dicari. Semoga Allah swt permudahkan jalan kami untuk mendapatkan zuriat..amin. IVF adalah pilihan terakhir kami andai semua cara yang kami cuba tak menjadi. Aku dah buat IUI 3 kali dan masih tak membuahkan hasil. Aku tak pasti berapa kali boleh buat IUI sebab ada doktor cakap maksimum 3 kali, ada pulak yang cakap 6 kali...yang mana satu aku nak ikut pon tak tahu....

Biarlah...lepas raya baru fikir...

Monday, July 8, 2013

BEREHAT

Bulan Ramadhan yang akan tiba ni adalah bulan untuk aku dan hubby berehat dari semua rawatan TTC dan pengambilan supplement. NO IUI, NO TVS, NO BBT, NO CLOMID, NO SHATAVARI, NO SUSU KAMBING, NO DUPHASTON. Aku betul-betul nak rehat sebab beberapa bulan berturut-turut aku membuat rawatan di hospital. Berehat sahaja, bukan bermakna berputus asa. Masih banyak lagi kaedah yang kami belum cuba walaupun keputusan ujian doktor mengatakan aku dan hubby tak ada masalah apa-apa. InsyaAllah, selepas bulan Ramadhan ni kami akan sambung semula berTTC. Semoga keberkatan di bulan yang mulia ini doa kita semua dimakbulkan Allah swt...Amin

**Jom kita sama-sama ambil peluang membuat kebaikan dan menambahkan amalan di bulan yang mulia ini.

DPIUI 14

Harini adalah hari ke 14 selepas IUI#3 bermakna dua minggu dah berlalu. Aku tak terlalu mengharapkan untuk IUI kalini berjaya sebab aku takut pada kekecewaan. Andaikata ada rezeki untuk kami mendapat anugerah tidak ternilai itu aku sangat-sangat bersyukur. Namun andaikata tiada rezeki kami untuk kali ini aku terima dan redha atas ketentuaNYA.

***Tanda-tanda mengandung memang tak ada....mungkin dalam sehari dua ni en.P akan datang menjengah...=(

SELAMAT DATANG RAMADHAN AL-MUBARAK

Marhaban yaa Ramadhan, pucuk selasih bertunas menjulang dahannya patah tolong betulkan, puasa Ramadhan kembali menjelang, salah dan khilaf mohon dimaafkan. Selamat Menunaikan Ibadah puasa

Diharapkan Ramadhan Kali Ini lebih Banyak Ibadat dapat dilaksanakan. Amin

Monday, July 1, 2013

MENYESAL

Menyesal !!! Menyesal !!! Menyesal !!!!

Menyesal aku tukar layout blog nih...abis semua hilang maklumat pasal semua usaha-usaha TTC.
Terpaksa la tulis apa yang ingat jer....=(

Wednesday, June 26, 2013

ENCIK SPERMA






Wah tajuk antry tak hingat ok...Kisahnya aku dah selamat menjalani IUI ke-3 kelmarin (26/6/2013). Tak perlu aku ceritakan macam mana prosedur dijalankan sebab pada antry sebelum ni http://kedestinasi.blogspot.com/2013/06/pengalaman-proses-iui.html aku dah ceritakan pengalaman aku buat IUI. Tapi yang bestnya IUI kalini sebab nurse yang kendalikan IUI aku ni sangat sporting ok. Sebelum ni 2 kali aku kena dengan nurse lain. Nurse ni tanya hubby kalau nak tengok sperm dia di mikroskop tu boleh la sebelum dia buang. Hubby dengan pastasnya menjawab "Nak"...teruja giler di macam tu. So hubby pon tengok la, waktu ni aku tengah baring atas katil tunggu encik sperm berenang-renang mencari cik ovum. Aku tanya hubby rupa sperm tu macam mana in real...heheh...hubby cakap sperm dia tak la malas sangat (sebab aku selalu kutuk-kutuk hubby kata sperm dia malas macam tuan dia)...laju je berenang-renang dan ada jugak yang statik je. Aku ni meronta-ronta la jugak nak tengok...benda tak pernah tengok...So bila aku dah boleh bangun dari katil aku cakap la aku pon nak tengok jugak....Memang banyak giler sperm tu...ada yang berenang-renang, ada yang tergedik-gedik, ada yang kaku maybe dah mati sebab dah terdedah. Nurse siap cakap sperm tu "berenyut-renyut" (bahasa orang utara). Seronok jugak tengok...setidak-tidaknya kami suami isteri tahu hubby tak ada masalah...itu la...Allah swt dah aturkan waktu yang tepat bila kami akan dapat anugerah itu....InsyaAllah...

Monday, June 24, 2013

PENGALAMAN PROSES IUI

Ok...harini aku nak share sikit pengalaman aku sepanjang aku buat IUI. Maybe ada rakan-rakan yang belum pernah buat IUI dan akan menjalani IUI. Aku share pengalaman yang aku alami sendiri dan mungkin pengalaman aku tak sama dengan pengalaman orang lain sebab aku buat rawatan di hospital kerajaan dan maybe kalau buat di klinik @hospital swasta mungkin prosedurnya berbeza.

Aku mulakan dengan hari kedua  (CD2) period dimana aku makan clomid sebanyak 100mg @ 2 biji. Clomid ni makan dari hari kedua (CD2) hingga hari ke enam (CD6) period maksudnya lima hari ambil clomid. Pil clomid ni aku makan pagi selepas breakfast. 

Pada hari kesembilan (CD9) aku dikehendaki untuk buat TVS. TVS ni dimana doktor akan masukkan alat untuk scan telur-telur. Kalau telur belum cukup matang doktor akan suruh aku datang lagi 2 hari kemudian. Tapi kalau telur dah cukup matang doktor akan proceed untuk buat IUI. Doktor akan bagi slip untuk buat suntikan pregnyl pada malam pada hari yang sama. Aku kena datang malam dalam jam 9.30 malam-10.00 malam di wad O&G. Kalau di tempat lain aku tak pasti macam mana prosedur dia tapi aku buat di Hospital Seberang Jaya macam tula. Dua hari selepas suntik pragnyl baru prosedur akan dijalanan. 

Pada hari prosedur rawatan IUI dijalankan, sperm hubby akan diambil untuk dicuci terlebih dahulu. hanya sperm yang gagah berani sahaja akan diambil untuk digunakan semasa IUI. Sperm hendaklah sampai ke hospital kira-kira kurang dari 45 minit selepas sperm dikeluarkan. Kalau rumah dekat bolehla keluarkan kat rumah je. Tapi kalau tak sempat pandai-pandailah sama ada nak keluarkan di tandas di hospital (tandas khas untuk iui) atau duduk je kat hotel berdekatan. Ikut keselesaan orang. Biasanya selepas sperm dihantar ke makmal untuk di cuci dalam 30-45 minit, aku dan hubby akan pi makan dulu di kantin. Lepas makan datang balik untuk mulakan rawatan. 


Mula-mula nurse akan suruh aku baring dulu atas katil dan sebuah bantal akan diletakkan dibawah punggung. Posisi baring adalah seperti orang nak bersalin...ha...macam tula. Masa ni perasaan malu tu tolak tepi dulu. Nasib aku memang baik sebab sepanjang 2 kali aku buat IUI tak pernah lagi kena dengan doktor lelaki...=). Bila dah baring tu  doktor suruh aku kangkang kaki sebab dia akan masukkan alat macam mulut itik tu...masa alat tu dimasukkan tu ok la tak rasa sakit cuma bunyi skru pada alat tu menakutkan aku je...hihi...bunyi macam skru diketatkan. Lepas tu barulah doktor akan masukkan sperm melalui tiub panjang yang disambungkan dari picagari. Ok, masa sperm tu dilepaskan memang ada rasa sakit sikit dan rasa macam senggugut pon ada. Prosedur IUI sekejap saja dalam 3 minit je. Lepas prosedur aku kena baring dengan lipat dan rapatkan kaki selama lebih kurang 30-45 minit. Masa tunggu tu, dorang akan suruh suami temankan. Lepas tu, aku diberikan pil duphaston dan asid folik untuk makan. Nurse akan pesan suruh buat UPT kalau 2 minggu period tak datang. Kalau datang period, hari pertama period kena call hospital untuk temujanji seterusnya. 

Esok aku akan jalani IUI aku yang ke-3, doakan aku yer...

Setakat ini saja aku boleh share...
jumpa lagi....=)


MENJELANG IUI KE-3



Nampaknya aku akan buat IUI-3 dan yang terakhir juga. Telur-telur ovum sangat-sangat memberi kerjasama setiap bulan sebab aku dah buat IUI ni setiap bulan kecuali bulan 4 sahaja tahun ni. Esok hari rabu (26/6/2013) jam 9.00 pagi aku akan menjalani proses iui. Sperm suami diambil kira-kira jam 7.45 pagi untuk di cuci. InsyaAllah diharapkan usaha kali ni berjaya...amin. Andaikata tiada juga rezeki kami suami isteri kali ni, kami akan cuba buat rawatan dan usaha lain...insyaAllah...

Kepada rakan-rakan yang berTTC seperti saya, sama-sama kita usaha dan berdoa kepada Allah swt agar kita juga dikurniakan zuriat-zuriat yang soleh dan solehah. amin...

Thursday, June 20, 2013

CIRCLE DAY 9

Harini CD9, circle ke empat aku ambil pil clomid. Sejak makan pil clomid ni selera makan aku amboi menjadi-jadi..nyampah taw...malas nak pikir...Oklah...takmo pikir pasal berat badan...stresss....lagi-lagi penimbang berat kat umah beteri abis lagi la sedap je makan tak taw skrang berat dah tambah berapa. Takut nak timbang taw...takpe nanti bulan puasa kita disiplin betul-betul ambil herbalife...Berbalik pada CD 9 harini macam 4 circle aku sebelum ni aku kena pi buat TVS. Harini doktor perempuan yang check telur-telur aku ni. Doktor ni baik siap tunjuk keterujaan bila tengok telur-telur aku membesar dengan jayanya...ada sebiji telur yang betul-betul comel di ovari sebelah kiri...insyaAllah kalau telur ni tak pecah dalam 2 hari ni maybe aku akan menjalani IUI aku yang ke-3 dan yang terakhir. Doktor cakap tadi yang telur aku memang cantik, tapi belum ada rezeki....insyaAllah bulan puasa ni rehat dulu mana taw ada rezeki kan...aku pon iyakan je apa yang doktor cakap....Harap-harap ada la rezeki kami suami isteri...insyaAllah...amin. Doktor siap pesan suruh aku dan suami bersama dalam dua harini mana taw kot telor pecah awal kan...

Itu perkembangan aku untuk masa sekarang....jumpa lagi...

**YA ALLAH YA TUHANKU, ENKAU BEKATILAH USAHA KAMI DALAM MENDAPATKAN ZURIAT KAMI YA ALLAH, ENGKAU HINDARKANLAH KAMI DARI BERPUTUS ASA DALAM BERUSAHA DAN BERDOA KEPADAMU YA ALLAH.

Thursday, June 13, 2013

IUI KE-2 GAGAL

Ya....Cik P datang jugak akhirnya dan secara rasminya IUI ke-2 GAGAL pada DPIUI 12. Sodeh...sodeh...sob..sob..sob...=(

Pagi-pagi morning tadi aku dah call hospital untuk temujanji TVS (check telur)  cd9.Tapi kalini aku pelik sikit sebab period aku ni tak banyak. Keluar macam darah sikit campur lendir-lendir. Kisahnya, petang kelmarin dalam jam 3.30 petang aku nak mandi la untuk solat zohor sebab badan dah belengas sangat lepas balik keje terus ke Tesco beli barang dapur. Balik rumah terus masak sebab nanti kalau masak lepas mandi kang belengas balik badan aku ni untuk solat asar. Masa nak mandi ni la aku tengok ada macam darah macam aku sebut diatas tadi tu. Nak kata tak sedih tu tipu lah, tapi sebab sebelum ni pun dah ada pengalaman gagal IUI pertama so untuk gagal kali ni aku dah bersedia. Lagipun aku tak berharap sangat sebab lepas buat IUI tu balik rumah tak bersama pun dengan hubby, hari ketiga baru bersama. Takkan nak berharap dengan IUI je kan, usaha sendiri pon kena jugak. Aku redha je dengan apa yang terjadi aku pasti Allah swt dah aturkan yang terbaik untuk aku dan suami. 

Kalau ada rezeki lagi circle ni akan jalankan IUI ke-3 dan terakhir....InsyaAllah...amin.

Monday, June 10, 2013

IUI KE-2

Assalamualaikum...

Harini hari ke 10 selepas IUI kedua. Aku jalani IUI kali kedua pada 31.05.2013 pada  CD12. Telur matang awal dari apa yang aku jangka. Al kisahnya aku tersilap buat kiraan untuk buat TVS (scan telur) pada hari CD9 sepatutnya iaitu hari selasa bersamaan 28/5/2013 tapi malangnya aku tersalah kira hari pertama aku datang period. Entah macam mana aku tergerak hati nak kira balik hari aku datang period padahal dah jelas aku tulis pada kertas rujukan rawatan tarikh aku datang period. Kira punya kira memang aku salah kira sebelum ni. So pagi rabu 29/5/2013 pagi-pagi lagi aku dah call hospital inform yang aku silap kira. Nurse bagitau tak ada masalah kalau datang haritu jugak sebab baru lewat sehari. Lega dengan penjelasan nurse aku pon pi la hospital pada petang hari rabu tu. Aku pi sorang-sorang je sebab takmau ganggu en. hubby keje. Lagipon masa ni cuti sekolah so aku ada banyak masa nak buat apa-apa pon. Petang rabu dalam pukul 2.30 petang aku pi la hospital. Memang sedia maklum kalau temujanji petang memang berjanggut la nak tunggu. Dalam 2 jam jugak aku tunggu...than jumpa doktor kali ni doktor pompuan melayu...ok la...bila doktor check telur tu sebelah kanan ada 3 telur yang besar dan sebelah kiri ada banyak telur yang kecik-kecik....aku terkejut jugak bila doktor kata lusa boleh buat IUI. biasanya CD15 baru telur aku matang kalau ikutkan 2 circle lepas. So, malam tu jugak kena suntik pregnly untuk pecahkan telur. Prosedur IUI kali ni aku dan hubby lebih bersedia berbanding IUI yang pertama dulu sebab kalini kitaorang datang lebih awal. IUI lepas lewat 15 minit so kena la bambu dengan nurse sebab lewat. Untuk IUI kali ni pon aku tak berharap sangat-sangat, malas nak fikir....fikir banyak-banyak nanti stress...biarlah rezeki tu datang dengan sendirinya janji aku dan hubby dah berusaha....insyaAllah akan adan rezeki untuk kami....rezki Allah swt ni macam-macam bentuk...Insyaalah nanti aku update lagi apa keputusan IUI kali ni....cik P datang ke idok...


YA ALLAH YA TUHANKU KURNIAKANLAH KAMI ZURIAT YANG SOLEH DAN SOLEHAH YANG DAPAT MEMBAHAGIAKAN KAMI DAN MENDOAKAN KAMI KELAK YA ALLAH

Friday, May 17, 2013

CANTIKNYA ATURAN ALLAH SWT

Ya...cantiknya aturan Allah swt....

Aku dan en.hubby sah menjadi suami isteri pada 2.10.2010, 2 minggu sebelum aku konvo. Tapi majlis sebelah lelaki adalah 4 hari sebelum aku konvo. So agak kelam kabut jugak aku masa tu. Selama hampir sebulan aku tinggal bersama hubby di Putrajaya sebab en hubby keja  di JPA Cyberjaya. Ku sangkakan panas sampai ke petang namun hujan di tengah hari. Aku dapat posting di Bukit Mertajam 15 minit perjalanan dari rumah mak mentua ke sekolah yang aku di postingkan. Aku tak ada pilihan lain selain tinggal bersama mentua. Di rumah mentua agak sunyi sebab hubby hanya ada 2 orang adik beradik sahaja. Dalam rumah tu hanya ada mak, ayah dan kakak (masa ni belum kawin lagi). Sepanjang ada di rumah mentua macam-macam perkara jugak yang berlaku. Aku janggal tinggal di sana walaupun dalam 8 bulan jugak aku tinggal di sana. Aku selalu jugak balik kampung aku sebab aku selalu bosan di rumah mentua sebab semua orang di rumah tu kerja.Rumah mak aku ada la 1 jam dari rumah mentua. Rutin aku hari-hari buat benda yang sama je, kawan pon tak ada suami masih di Putrajaya.

Hampir 8 bulan aku tinggal di rumah mentua, hubby dapat sambung belajar peringkat master. Hubby dapat hadiah cuti belajar bergaji penuh dalam kata lain dapat biasiswa JPA untuk sambung belajar...Alhamdulillah..cuti belajar suami selama 1 tahun 6 bulan sahaja....Setelah tamat tempoh tersebut, pada bulan 4 yang lepas en hubby mula lapor diri di Putrajaya. Hanya pergi kerja sehari tu je sebab cuti hubby yang lepas masih berbaki 4 hari lagi. So hubby terus ambil cuti tersebut...selama cuti 4 hari tu hubby hantar email kepada pihak JPA bahagian penempatan untuk pertimbangkan supaya hubby dipostingkan di area Penang atau Kulim. Alhamdulillah...syukur sangat-sangat hubby dipostingkan di Hospital Penang. Walaupun pilihan hubby di Hospital Seberang Jaya namun aku masih sangat-sangat bersyukur. Aku macam hilang arah sekejap walau 3 hari sahaja hubby tinggalkan aku....baru aku tahu betapa aku sangat-sangat perlukannya dekat dengan aku....Terima Kasih Allah kerana memakbulkan permintaan aku.

Aku selalu mengingatkan hubby dan diri sendiri supaya jangan terlalu tamak untuk meminta-minta....kerana cantiknya aturan Allah untuk kita....


TERIMA KASIH ALLAH.....

Wednesday, April 24, 2013

IUI PERTAMA GAGAL...=(


Tiada tanda tanya lagi cd32 cik period datang menjengah...sedih???? memang la..sapa tak sedih kan. Tapi aku dah bersedia menerima kekecewaan ini sebab sedih tu tak la sangat2 sedih...tak la sampai menangis.

Aku buat IUI pertama pada 10.4.2013 bersamaan CD17....sebelum buat iui tu ada la ambil clomid dan buat TVS tiga kali...doktor check telur aku masa 2 hari sebelum IUI ada dua biji telur yang matang satu sebelah kanan dan satu sebelah kiri dan satu yang kecil sebelah kiri. Pastu kena cucuk pregnyl pada malam sehari sebelum iui. Kena cucuk kat bontot taw...lama dah tak kena cucuk kat bontot...malu betul aku....nurse tu bagi pilihan kat aku nak cucuk kat bontot ke kat paha...aku tanya balik nurse tu yang mana lagi ok...dia pon taktaw...aku suh buat kat bontot jelah sebab kalau kat peha aku kena buka seluar. Kalau kat bontot tak payah buka seluar...redha jelah...tak sakit pon kena cucuk tu....

Sebenarnya selepas buat iui tu aku dah siap-siap bagitau hubby supaya jangan berharap sangat, aku tak nak dia kecewa....kalau dia kecewa aku lagi la...semuanya buat atas badan aku sendiri maunya tak kecewa...semalam aku bagitau hubby yang aku dapat spot kat panties macam tompok-tompok hitam... rasa macam nak period...so hubby pon sedia maklum takdak harapan dah kali ni...than aku cakap kat hubby 'takpa sayang next time kita cuba lagi, jangan putus asa'...aku plak yang resionalkan dia...padahal sepatutnya dia yang tenangkan aku...chittt

Tadi aku dah call hospital untuk buat temujanji TVS cd9, tarikh 3.5.2013 jam 9.00 pagi. Aku akan buat IUI kedua insyaAllah bulan Mei jugak maybe dalam 10.5.2013 kot, itu jangkaan aku je la. Aku rasa kali ni biar aku sorang je pi hospital, takmau la ganggu hubby. Lagipon dia baru mula kerja kat hospital Penang. Hari nak buat IUI baru aku nak ajak dia pi sekali, harus la dia pi sekali kan sebab nak amik sperm sekali. Untuk rakan-rakan TTC yang nak taw...aku buat rawatan kesuburan di hospital Seberang Jaya. Setakat ni aku rasa ok je perkhidmatan yang disediakan. Takda la macam yang aku selalu dengar dan baca yang nurse-nurse ni garang-garang. Kalau nak cite pasal kos, sebagai kakitagan kerajaan aku tak perlu bayar apa-apa. Sejak kali pertama datang buat temujanji pon sesen pon tak kena bayar...best kan...=) kalau yang kerja swasta aku tak tahu bayaran dia...tapi aku rasa tak semahal klinik swasta. Tapi kan, kalau ikutkan untuk dapatkan zuriat duit bukan ukuran.

Oklah...itu je untuk kali ini....lenkali ada cerita aku coretkan la kat sini...nak tulis hari-hari MALAS...

Assalamualaikum....


Tuesday, January 29, 2013

SUHU HARI INI...

Harini suhu 36.28 darjah celcius...Circle Day 3 (CD3)..aku masih terfikir-fikir kenapa period aku bulan ni jadi panjang...biasanya cd aku 25-27 je tapi bulan ni sampai cd30...memang la aku mengharapkan sesuatu berlaku...tp nak buat mcm mana kan...blom ada rezeki...agaknya sebab aku amalkan makan shatavari dan epo ke yang buat circle aku jadi tintong macam tu...buat nernous je taw...walaupun aku sedikit sedih....rasa down giler kot..hubby pon sama...mcm sedih je...nampak dia kecewa...tapi dia slalu bg semangat pd aku...dia selalu suruh aku fikir positif....thanks dear...awak adalah kekuatan sy sekarang....

Monday, January 7, 2013

KEMBALI BERBLOG..meh cite pasal AZAM

Assalamualaikum....

Rasanya dah lebih dari 2 bulan aku tak berblog. sejak cuti sekolah hinggalah sekarang dah masuk minggu kedua sesi persekolahan bagi sesi 2013. Tahun ni azam aku tak seperti tahun2 lepas....azam tahun ni lebih besar dan menyeluruh...tahun ni aku harapkan adalah rezeki aku dan en suami bergelar ummi dan abi...insyaAllah...dan tahun ni juga aku dan en suami lebih serius berTTC...yup TTC..try to conceive...=).. skrg aku dah mula ber BBT...tapi kadang2 tu terlepas jugak sebab aku kadang2 lupa...hahaha....lepas ni jugak aku akan jadikan blog aku ni sebagai rujukan aku berTTC...semoga blog aku ni bukan sebagai rujukan aku sahaja malah untuk rakan2 lain yang turut berusaha seperti aku dalam berTTC. tahun ni jugak aku dah aktif dalam group TTC Malaysia..di facebook...aku rasa lebih semangat dan ada tempat untuk golongan yang seperti aku ini...ramai rakan2 dalam group yg bagi semangat dan kami seperti dah lama kenal...tiada jurang antara kami..yang ada hanyalah perhubungan yg wujud atas dasar untuk tolong menolong antara kami...insyaAllah kuharapkan ia berkekalan sampai bila-bila...banyak ilmu yang aku peroleh daripada group ini...terima kasih semua..=)...

ok...dah alang2 cerita pasal azam kan meh aku nak cite pasal azam aku tahun ni...insyaAllah semoga aku dapat tunaikan azam aku tahun ni...amin...senarai azam aku seperti dibawah...

1. tahun ni aku azam nak jadi umat islam yg lebih baik dari tahun lepas...yg lebih baik ok...setiap tahun aku azam mcm ni....
2. aku nak jadi isteri yg lebih solehah...bukan tak solehah sebelum ni...tapi nk jd lebih solehah...hahaha....xmo lawan2 cakap en suami lg...
3. nak jadi org yg lebih sabar....aku kn cepat melenting harus la kena sabar...
4. aku nak lebih serius berTTC dan pregnant....=)..penting ni penting
5. nak lebih konsisten kumpul duit sekurang2nya rm500 simpan setiap bulan...asik aku psiko diri sendiri je bila duit  byk dlm akaun....menyampah taw...
6. nak jadi anak yg lebih baik...serius selepas aku buat rawatan hsg haritu....aku slalu pikir sakitnya org beranak....aku baru buat rawatan hsg pon dah sakit inikan pulak beranak...insaf aku...so aku nak jadi anak yg lebih baik kpd mak aku...=)
7. aku nak lebih semangat bila bekerja...insyaAllah...harap lebih baik...
8. tahun ni jugak aku nak lebih berjimat dalam berbelanja....xmo boros2 lg...
9. aku nak kuruskan badan...hahah...azam ni tak boleh blah ok...setiap tahun aku azam ni...tak pernah pon tercapai....apa pon tak boleh...

ok buat masa ni...ini jelah azam aku...banyak tak banyak sgt la...harapkan semua azam ni tercapai la...insyaAllah....azam korang lak apa tahun ni...=)