Ok...harini aku nak share sikit pengalaman aku sepanjang aku buat IUI. Maybe ada rakan-rakan yang belum pernah buat IUI dan akan menjalani IUI. Aku share pengalaman yang aku alami sendiri dan mungkin pengalaman aku tak sama dengan pengalaman orang lain sebab aku buat rawatan di hospital kerajaan dan maybe kalau buat di klinik @hospital swasta mungkin prosedurnya berbeza.
Aku mulakan dengan hari kedua (CD2) period dimana aku makan clomid sebanyak 100mg @ 2 biji. Clomid ni makan dari hari kedua (CD2) hingga hari ke enam (CD6) period maksudnya lima hari ambil clomid. Pil clomid ni aku makan pagi selepas breakfast.
Pada hari kesembilan (CD9) aku dikehendaki untuk buat TVS. TVS ni dimana doktor akan masukkan alat untuk scan telur-telur. Kalau telur belum cukup matang doktor akan suruh aku datang lagi 2 hari kemudian. Tapi kalau telur dah cukup matang doktor akan proceed untuk buat IUI. Doktor akan bagi slip untuk buat suntikan pregnyl pada malam pada hari yang sama. Aku kena datang malam dalam jam 9.30 malam-10.00 malam di wad O&G. Kalau di tempat lain aku tak pasti macam mana prosedur dia tapi aku buat di Hospital Seberang Jaya macam tula. Dua hari selepas suntik pragnyl baru prosedur akan dijalanan.
Pada hari prosedur rawatan IUI dijalankan, sperm hubby akan diambil untuk dicuci terlebih dahulu. hanya sperm yang gagah berani sahaja akan diambil untuk digunakan semasa IUI. Sperm hendaklah sampai ke hospital kira-kira kurang dari 45 minit selepas sperm dikeluarkan. Kalau rumah dekat bolehla keluarkan kat rumah je. Tapi kalau tak sempat pandai-pandailah sama ada nak keluarkan di tandas di hospital (tandas khas untuk iui) atau duduk je kat hotel berdekatan. Ikut keselesaan orang. Biasanya selepas sperm dihantar ke makmal untuk di cuci dalam 30-45 minit, aku dan hubby akan pi makan dulu di kantin. Lepas makan datang balik untuk mulakan rawatan.
Mula-mula nurse akan suruh aku baring dulu atas katil dan sebuah bantal akan diletakkan dibawah punggung. Posisi baring adalah seperti orang nak bersalin...ha...macam tula. Masa ni perasaan malu tu tolak tepi dulu. Nasib aku memang baik sebab sepanjang 2 kali aku buat IUI tak pernah lagi kena dengan doktor lelaki...=). Bila dah baring tu doktor suruh aku kangkang kaki sebab dia akan masukkan alat macam mulut itik tu...masa alat tu dimasukkan tu ok la tak rasa sakit cuma bunyi skru pada alat tu menakutkan aku je...hihi...bunyi macam skru diketatkan. Lepas tu barulah doktor akan masukkan sperm melalui tiub panjang yang disambungkan dari picagari. Ok, masa sperm tu dilepaskan memang ada rasa sakit sikit dan rasa macam senggugut pon ada. Prosedur IUI sekejap saja dalam 3 minit je. Lepas prosedur aku kena baring dengan lipat dan rapatkan kaki selama lebih kurang 30-45 minit. Masa tunggu tu, dorang akan suruh suami temankan. Lepas tu, aku diberikan pil duphaston dan asid folik untuk makan. Nurse akan pesan suruh buat UPT kalau 2 minggu period tak datang. Kalau datang period, hari pertama period kena call hospital untuk temujanji seterusnya.
Esok aku akan jalani IUI aku yang ke-3, doakan aku yer...
Setakat ini saja aku boleh share...
jumpa lagi....=)
1 comments:
Salam Sis..brp kos rawatan ye
Post a Comment